sEnyuM kEihKlaSan iTu peNawaR duKa

~Great Moment~

November 30, 2009

Aku bersama 'mentorku' Izat
Salam 1Malaysia,

7/11/09 - "Jauh perjalanan luas pandangan" itu pepatah yang sering diungkapkan oleh pengembara yang menggembara di atas muka bumi yang diberkati ini. Tidak terlepas dariku juga,untuk menggembara meluaskan pandangan dan membuka minda ku. Kali ini aku ke Kulim, Kedah. Menaiki bas dari Puduraya pada pukul 10pagi. Sewaktu dalam perjalanan aku lebih membuta kerana ingin merehatkan badan yang telah ku kerahkan untuk bekerja lebih masa. Tiba di Kulim, aku disambut oleh teman rapat dengan senyuman. Dia menunggu ku di Hentian Bas Kulim. Turun dari bas kami berjabat tangan. Waktu menunjukkan pukul 3.00ptg. Dari Hentian Bas Kulim kami berangkat ke rumah kawanku untuk menikmati hidangan makan tengahari yang telah disediakan untuk ku. Jam 5.00ptg, kami berangkat menuju ke rumah 'mentor' kami untuk bertemu beliau. Setiba di sana beliau sedang membuka pintu pagar untuk keluar dari rumah menuju ke Old Town Kulim. Di Old Town, kami menikmati minum petang sambil membincangkan perkara keesokkan harinya. Selesai perbincangan, kami menuju ke Penang untuk bermain bowling bersama-sama teman seperjuangan. Aku hanya melihat gelagat rakan ku bermain. 9.00mlm, kami ke sebuah restoran Nasi Ayam untuk menikmati hidangan makan malam. Disana juga kami berbincang perihal keesokkan hari. Aku ditugaskan untuk membaca Doa Pembukaan. Aku terus terima tugasan yang diberikan kepadaku dengan penuh yakin. Aku yakin dapat melakukannya. Kami pulang larut malam, sampai dirumah kawanku aku tidak terus tidur..Tetapi mentelaah Doa yang bakal aku bacakan untuk keesokkan harinya. Aku tidur sewaktu ayam mula berkokok.

8/11/09 - 6.30pagi, Aku bangun solat Subuh. Tetapi aku tidur kembali untuk rehatkan badan yang tidak cukup rehat. Sedar aku pada jam menunjukkan pukul 1130pagi. Kami menuju ke Penang setelah selesai makan tengah hari. Pada hari ini diadakan BIE (Bisness Ideal Exchange) bertempat di Hotel Vistana,Penang. Seramai 50 peserta menyertai BIE kali ini. Majlis bermula tepat jam 2.00petang dengan kata alu-aluan dari MC. Setelah itu, aku dipanggil untuk membaca Doa Pembukaan. "Bismillahirahmanirahim"..lafazku..Selesai membaca Doa Pembukaan, majlis diteruskan dengan pembentangan dari 'leader' yang cukup hebat, iaitu Ijan. Majlis dihentikan buat seketika untuk tetamu menikmati minum petang. 4.30petang majlis diteruskan dengan speaker yang kedua, speaker memang memukaukan hadirin dengan gaya pembentangan yang cukup berpengalaman. Beliau anak jati Johor, tapi menetap di Kulim kerana berpindah ke sana. Beliau juga seorang yang berpengalaman dalam bidang perniagaan lebih 4tahun. Selesai pembentangan beliau, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada hadirin yang sanggup meluangkan masa datang untuk mendengar peluang perniagaan yang sememang "1st in the world" - kata Mentor IS Entrepreneurs Program.

Aku pulang ke Kuala Lumpur ada malam itu juga untuk meneruskan kerja makan gaji yang mungkin suatu hari nanti akan ku tinggalkan..tapi..BILA??

~Jangan Mengalah Dengan USAHA~

Suasana di luar dewan

1 comments:

RIZALY said...

Salam, caya lah beb..
gua sokong semangat lu..teruskan usaha..jgn patah semangat.. u all nak u all cube..^_^

Post a Comment